Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAM Cuba Gandingan Baru Untuk Peng Soon

KUCHING: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan baharu buat pemain beregu campuran, Chan Peng Soon susulan masalah kecederaan yang sering menghantui pasangannya, Goh Liu Ying.

Jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui, berkata kemungkinan besar Peng Soon akan digandingkan dengan pemain muda bagi menghadapi beberapa kejohanan tahun ini.

“Kami mungkin akan menggandingkan Peng Soon dengan pemain muda. Ia memberi kebaikan kepada Peng Soon kerana dia tidak akan terlalu terkesan jika Liu Ying mengalami kecederaan selain dapat membantu meningkatkan prestasi pemain muda.

“Kami akan cuba menggandingkan Peng Soon bersama pemain muda seperti Peck Yen Wei dan Cheah Yee See. Mereka berdua akan bergilir-gilir bergandingan dengan Peng Soon dalam satu atau dua kejohanan,” kata Eei Hui ketika ditemui, hari ini.

Peng Soon-Liu Ying semalam ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas tewas kepada Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia, 21-18, 19-21, 17-21.

Chan Peng Soon. – Foto Danial Saad

Kegagalan beregu campuran itu adalah berpunca daripada kecederaan bahu dialami Liu Ying sejak Terbuka India, minggu lalu.

Mengulas lanjut, Eei Hui bagaimanapun menjelaskan gandingan Peng Soon-Liu Ying tetap akan dikekalkan untuk beraksi dalam kejohanan utama termasuk Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

“Sebelum ini kita dapat lihat bagaimana Liu Ying sentiasa mengalami kaki bengkak jika dia terlalu beraksi bermati-matian dalam mana-mana kejohanan.

Ketika dia perlu berehat kita akan menggunakan pemain remaja untuk digandingkan bersama Peng Soon,” kata Eei Hui.

Katanya, setakat ini mereka dalam perancangan untuk menghantar Peng Soon-Yen Wei bermain di Terbuka Russia tiga minggu sebelum kejohanan dunia bermula.

“Ia masih belum muktamad, kita perlu melihat dari pelbagai aspek tetapi perkara ini sudah dibincangkan bersama Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen. Apa pun Peng Soon harus menerima perancangan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGVCpj

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.