Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bos Gaurus Mahu Benam T-Team - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bos Gaurus Mahu Benam T-Team

IPOH: Perak bertekad mahu mengutip mata penuh apabila turun melayani T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Sabtu ini.

Bagi kapten pasukan The Bos Gaurus, Mohammad Shahrom Kalam hanya kemenangan dapat memulihkan maruah yang tercalar selepas tersingkir awal daripada Piala FA berikutan kekalahan 0-2 kepada Kedah di pusingan ketiga di Ipoh.

“Memang mengecewakan dan memeritkan kerana kami bukanlah main buruk sangat. Mujur ada rehat panjang selepas itu. Saya yakin rakan sepasukan sudah dapat melupakan kekecewaan itu,” katanya.

Menurut Shahrom, rehat panjang yang dinikmati pemain memberi peluang kepada jurulatih Mehmet Durokovic memperkemas dan memperbaiki kelemahan pasukan.

“Latihan banyak tertumpu pada usaha meningkatkan dan memantapkan persefahaman dan gandingan. Kami akan tunjukkan perubahan dalam permainan mulai perlawanan dengan T Team,” katanya.

Tonggak benteng Perak itu yakin pemain sudah dapat menggarap sistem dan corak permainan yang mahu diterapkan oleh Mehmet sejak mengambil alih tugas dari Karl Heinz Weigang beberapa minggu lalu.

Di bawah kendalian jurulatih dari Australia itu Perak menang sekali iaitu ke atas Selangor namun tumpas kepada Kelantan di Ipoh dan kepada Kedah.

“Dia baru ambil alih pasukan ketika itu dan tidak begitu mengenali pemain tetapi sekarang saya rasa dia sudah kenal kami semua dan tahu apa yang setiap orang boleh buat,” kata Shahrom.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odnUvR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.