Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aksi Superman: Juruteknik Diperintah Jalani 200 Jam Khidmat Masyarakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aksi Superman: Juruteknik Diperintah Jalani 200 Jam Khidmat Masyarakat

KUALA LUMPUR: Gara-gara menunggang motosikal secara melulu sambil membuat aksi ‘Superman’, seorang juruteknik diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Firdaruz Miskol, 20, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini pada 4 pagi, 4 Mac lepas.

Muhammad Firdaruz juga diperintah membayar cagaran RM4,000 dan perlu menyelesaikan khidmat masyarakat selama dua tahun itu selain lesen memandunya dibatalkan dan tidak dibenarkan memohon lesen baharu selama dua tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman denda minumum kerana dia tidak mampu membayar denda tinggi.

“Saya perlu bekerja bagi meringankan beban keluarga, saya juga membayar duit sewa rumah serta menjaga nenek,” katanya dengan nada sedih.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Ashif memohon hukuman setimpal supaya tertuduh insaf dan memberi pengajaran kepadanya.

Berdasarkan fakta kes, remaja itu ditahan selepas pihak polis yang melakukan ‘Op Samseng Jalan Raya’ di Lebuhraya DUKE ternampak motosikal yang ditunggangnya secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi ‘Superman’. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oGTUsR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.