F8 papar banyak aksi berbahaya
Bagi peminat filem francais Fast & Furious, tentunya kehadiran Fate of the Furious (F8) dinanti-nanti.
Tanpa kehadiran mendiang Paul Walker yang meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam tempoh penggambaran filem ketujuh, F8 bakal menyajikan perbezaan ketara.
Peluang menonton filem terbaru ini di Beijing hujung bulan lalu pengalaman cukup menarik.
Menariknya, walaupun tidak mengikuti filem ini dari awal, penonton masih boleh memahami jalan ceritanya.
Meskipun mempersembahkan idea dan naratif baru, sutradara F Gary Gray masih mengekalkan identiti sedia ada Fast & Furious.
Berlatarbelakangkan kehidupan di Cuba, F8 mengisahkan Dominic Toretto lakonan Vin Diesel diperangkap Cipher (Charlize Theron).
Dia terpaksa bertarung menyelamatkan insan tersayang daripada menjadi mangsa Cipher selain mengkhianati pasukannya dan merangka strategi memusnahkan rancangan kotor Cipher.
Selain Cuba, filem hebat ini turut menjalani penggambaran di New York, Atlanta dan Iceland.
Bukan sahaja sarat aksi dan pemanduan bertenaga barisan pelakon, F8 turut mencuri tumpuan penonton dengan mempertaruhkan beberapa jentera yang tidak penah dipaparkan sebelum ini.
Paling menarik perhatian adalah kereta kebal dan trak tentera memecut laju di tasik beku di Iceland serta kapal selam yang menjadi salah satu babak penting.
Gary yang sebelum ini mengarah filem aksi Italian Job mengakui F8 mencabar kreativitinya.
“Tugas saya ketika mengarah Italian Job sangat berat tetapi apabila difikirkan berat lagi F8. Ini kerana majoriti kereta yang digunakan dalam F8 lebih mewah dan berkuasa tinggi berbanding Mini Cooper dalam Italian Job,” katanya.
Ketika ditemu bual, Gary turut memaklumkan skala untuk filem kelapan ini lebih besar jika dibandingkan tujuh karya terdahulu.
“Dalam F8, penonton boleh melihat deretan kereta mewah seperti Lamborghini, Bentley dan Mercedes-Benz. Tidak ketinggalan kereta kebal dan kapal selam.
“Ia sekali gus mengangkat filem ini ke satu tahap berbeza. Tidak hanya penggunaan jentera dan kenderaan, ada juga penggunaan beberapa teknologi canggih,” katanya.
Gary turut memaklumkan F8 memaparkan banyak aksi berbahaya dan berisiko tinggi.
Antaranya, penggambaran kereta memecut di jalan kecil di Cuba dengan kelajuan 150 kilometer sejam dan melalui selekoh tajam.
“Kereta yang kami gunakan berusia lebih 60 tahun. Ia bukan mudah dan mencabar kemampuan kru dan barisan pelakon.
“Babak mencabar lain adalah ketika ratusan kereta bergerak secara serentak dan jatuh dari bangunan lima tingkat ke jalan raya. Kami tidak boleh melakukan kesilapan untuk babak ini dan ia memerlukan perancangan rapi, “ katanya.
Selain Vin Diesel dan Charlize Theron, F8 turut dibintangi Dwayne Johnson, Jason Statham, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson dan Chris Bridges.
Filem ini bakal menggegarkan pawagam tempatan bermula 13 April ini.
The post F8 papar banyak aksi berbahaya appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p4S0ij✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment