Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beregu Wanita Negara Tersungkur Di Pusingan Kedua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beregu Wanita Negara Tersungkur Di Pusingan Kedua

PEMAIN beregu wanita Malaysia Chou Mei Kuan, dan Yean Meng Lee, menentang pemain dari Indonesia, Fitriani Dian dan Nadya Melati, dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Celcom axiata Malaysia Open 2017, di Stadium Perpaduan Negeri Petra Jaya Kuching. – Foto Nadim Bokhar

KUCHING: Tuah nyata tidak memihak kepada beregu wanita negara, Lee Meng Yean-Chow Mei Kuan apabila tersingkir di pusingan kedua Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Pasangan negara itu hampir mengejutkan pilihan keempat kejohanan dari China, Chen Qingchen-Jia Yifan apabila berjaya mengheret lawan itu sehingga ke set penentuan.

Tewas set pertama 17-21, Meng Yean-Mei Kuan yang menerima sokongan padu penonton yang hadir di Stadium Perpaduan Kuching, hari ini kembali bangkit dengan memenangi set kedua 21-18 sekali gus mengheret ke set penentuan.

Bagaimanapun, Meng Yean-Mei Kuan terpaksa akur apabila tewas 23-25 di set penentuan biarpun suatu ketika selesa mendahului dan dilihat tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan.

“Mereka beraksi dengan baik tetapi masih lemah dari aspek penyudah. Mereka gagal untuk menamatkan perlawanan biarpun sudah selesa mendahului. Ini adalah masalah utama dan kekurangan ini perlu diperbetulkan segera,” kata jurulatih beregu wanita, Wong Pei Tty.

Pemain perseorangan wanita nombor satu negara, Goh Jin Wei turut ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua selepas tewas kepada Chen Yufei 14-21, 12-21.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMySWR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.