Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buat Ibu Yang Sedang Mengandung, Jangan Kerap Menangis Kerana Ia Akan Ada Kesan Pada Bayi Dalam Kandungan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buat Ibu Yang Sedang Mengandung, Jangan Kerap Menangis Kerana Ia Akan Ada Kesan Pada Bayi Dalam Kandungan..

Semasa hamil apa yang bakal ibu makan dan minum akan mempengaruhi bayi dalam kandungan. Tapi sebenarnya bukan itu saja. Emosi yang ibu rasakan sewaktu berbadan dua juga boleh memberi kesan pada si kecil dalam kandungan.
Sebab inilah doktor selalu menasihatkan ibu hamil agar menjaga emosi, jangan selalu memikirkan perkara sedih dan negatif.
Menurut kajian Psychological Science janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dilihat boleh dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.
Setiap ibu hamil pasti sekali sekala mengalami stres yang ringan dan keadaan ini tidak akan memberi kesan pada janin. Tapi jika ibu mengalami stres berat yang disertai depresi impak buruk akan terjadi pada bayi.
Ibu yang selalu stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan colicky iaitu satu keadaan bayi berusia di bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam dan sukar ditenangkan.
Ketika ibu hamil stres tubuhnya akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi tidak melalui plasenta, tapi hormon melaluinya. Jadi bila ibu sering stres maka hormon stres yang diterima janin juga makin banyak.
Kemurungan sewaktu hamil umumnya hampir sama dengan kemurungan selepas bersalin. 10 peratus ibu hamil mengalami depresi ini namun yang perlu diawasi adalah kesannya pada janin yang dikandung.
Bayi yang lahir dari ibu depresi sewaktu hamil mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar mengalami depresi ketika berusia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.
Menyimpan dendam atau kebencian sewaktu hamil juga memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan. Ibu yang tak merasakan kedekatan dengan bayi yang dikandung kelak boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.
Oleh itu Ingat ya bakal-bakal ibu bersedih dan menangis sesekali ketika hamil itu biasa tapi jangan dibiarkan berlebihan hingga menjejaskan emosi dan fikiran. Demikian memetik Familyshare.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oGV2wq

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.