Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anugerah Telenovela 2017 Sempena Festival Industri Kreatif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anugerah Telenovela 2017 Sempena Festival Industri Kreatif

Sempena Anugerah Telenovela 2017 yang akan berlangsung pada 7 Oktober depan, sebanyak 34 drama yang diadaptasi daripada novel dicalonkan bagi merebut 21 trofi

Berdasarkan senarai, Shukri Yahya, Kamal Adli, Janna Nick dan Emma Maembong mengungguli pencalonan bagi kategori pelakon terbaik dan popular menerusi drama lakonan mereka sepanjang 2016.

Empat drama lakonan Shukri Yahaya yang disenaraikan ialah 7 Hari Mencintaiku, Suami Tanpa Cinta, Hantu Punya Bos! dan Cik Cinderela Dan Encik Tengku.

anugerah telenovela 2017

Sementara itu Kamal Adli turut membintangi empat drama adaptasi novel pada tahun lalu menerusi Assalamualaikum Cinta, Sha & Shah, Pergilah Air Mata dan Jodoh Sebelah Pintu.

Bagi Janna Nick, tiga drama lakonannya tersenai bagi merebut trofi ialah Suami Tanpa Cinta, Biar Aku Jadi Penunggu dan Kau Aku Kita.

Drama lakonan Emma Maembong juga bakal berentap dalam anugerah yang diadakan setiap tahun ini iaitu Assalamualaikum Cinta, Tersuka Tanpa Sengaja dan Jodoh Sebelah Pintu.

Sementara itu bagi kategori filem yang diadaptasi daripada novel, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) selaku penganjur hanya menerima empat pencalonan.

Empat filem adaptasi itu ialah Langit Cinta, Tercipta Untuku, Angin Cinta dan Aku Bukan Spy.

Menurut Pengerusi YPBN, Hasan Hamzah, Anugerah Telenovela merupakan pengiktirafan kepada penulis, penerbit dan warga kerja industri kreatif yang berjaya menterjemahkan kandungan buku terutama novel kepada layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.

“Sebagai permulaan pencalonan anugerah ini hanya menerima naskhah-naskhah novel yang berjaya diadaptasi kepada filem, telefilem dan drama bersiri,” katanya pada sidang media di Panggung Mini P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Khamis.

Anugerah Telenovela 2017 ini dianjurkan sempena Festival Industri Kreatif yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober depan.

Views: 7

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfTbi8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.