Mael (XPDC) Sudah Beransur Sihat
Keadaan kesihatan vokalis kumpulan XPDC, Mael, dilaporkan semakin pulih selepas beliau dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, kerana ulser usus dan sakit gout.
Memetik laporan BH online, pengurusnya, Yazid, berkata Mael dibenarkan keluar hospital pada Sabtu lalu dan bersyukur doktor mengesahkan vokalis itu tidak menghidap penyakit serius.
“Ulser usus yang dihidapinya juga semakin sembuh. Penyakit gout tetap ada, tetapi tidaklah sehingga membahayakan nyawa. Cuma doktor menasihatkan Mael agar mengambil pemakanan sihat mengikut masa yang teratur,” katanya.
Minggu lalu, media melaporkan Mael atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim dikejarkan ke hospital gara-gara penyakit usus dan gout.
Mael turut menjadi bahan bualan netizen kononnya beliau nazak selepas ditemui rebah di rumahnya. Kata Yazid, beliau kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar menyebarkan maklumat palsu di media sosial tanpa pengesahan daripada mana-mana pihak.
Sementara itu, mengenai perkembangan Mael, Yazid berkata, vokalis itu juga sudah boleh berjalan, malah mahu memenuhi undangan persembahan seperti sebelum ini.
The post Mael (XPDC) Sudah Beransur Sihat appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOs8XC✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment