Ibu letak mayat anak dalam bagasi, campak ke laut
ROME – ITALI. Seorang ibu yang kecewa dengan kematian anaknya akibat anoreksia, mengambil keputusan membuang mayat wanita itu ke laut.
Mayat Katerina Laktionova, 27, ditemui di dalam bagasi dengan keadaan fizikal menunjukkan dia mengalami kekurangan gizi makanan di perairan Ramini oleh nelayan Itali.
“Dia sudah mati, saya menjaganya beberapa hari dan saya hilang pertimbangan dan meletakannya dalam beg pakaian dan melemparkan ke laut,” katanya.
Wanita itu mengakui menyimpan mayat anaknya selama seminggu sebelum melemparkannya ke laut, lapor Mail Online.
Susulan insiden, polis Itali melancarkan siasatan jenayah ke atas kematian bekas model itu.
Difahamkan, semasa meninggal dunia, berat Katerina hanya 35 kilogram.
Laporan mengatakan, wanita itu telah lama menyedari anak perempuannya sakit tenat dan telah berusaha membantu untuk tempoh yang panjang malah baru-baru ini, dia turut membawa pulang ke Rusia untuk rawatan.
Sementara itu, bapa Katerina, Alexander, 46 berkata, bekas isterinya itu berhijrah ke Itali dua tahun lalu bersama Katerina.
‘Anak perempuan saya sudah menderita hilang selera makan, ” katanya.
Memetik laporan dari agensi berita Tass, mangsa meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.
Pejabat Kedutaan Rusia di Rome berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan kepada pihak berkuasa Itali bagi mengesahkan kewarganegaraan dan identiti mangsa.
‘Kami belum menerima jawapan rasmi,” kata sumber.
Polis Itali sebelum ini mengesyaki mayat yang ditemui itu adalah seorang wanita Jerman yang hilang dari kapal pelayaran pada bulan Februari.
Sumber :
– http://ift.tt/1bq4zcn
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment