Hi! Welcome Back and Stay Tune! Welson Sasar 3 Emas, Pecah Rekod Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Welson Sasar 3 Emas, Pecah Rekod Sukan SEA

PERENANG negara, Welson Sim. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Welson Sim, perenang kebangsaan yang membuat penampilan dalam Kategori A Sukan Olimpik Rio tahun lalu, kini memasang impian untuk memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan SEA pada temasya di Kuala Lumpur Ogos ini.

Welson yang baru pulang daripada menjalani latihan di New Zealand, berkata persiapannya bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berjalan lancar dan latihan di negara Kiwi itu nyata memberi kesan positif.

“Di sana, saya berpeluang membaiki teknik renangan serta cara melakukan kuak lentang dengan teknik betul serta cara pernafasan berkesan,” katanya ketika ditemui selepas Anugerah Sekolah-Sekolah Malaysia-MILO 2016, di sini.

Selaku pemenang pingat gangsa acara 200 meter gaya bebas di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu, beliau juga menyasarkan untuk mengutip tiga emas pada KL2017 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Acara sasarannya nanti ialah 200m gaya bebas, 400m gaya bebas dan 1,500m gaya bebas.

Welson mengakui beliau pasti menerima saingan sengit daripada perenang Singapura, Joseph Schooling, dalam acara 200m gaya bebas.

“Sudah pastinya itu akan menjadi persaingan yang sihat… beliau (Schooling) mempunyai kelebihan tetapi apa saja boleh terjadi semasa hari pertandingan,” katanya. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMn9HG

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.