Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hentikanlah merokok, jangan jadi macam saya, hidung dibedah kerana merokok ! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hentikanlah merokok, jangan jadi macam saya, hidung dibedah kerana merokok !

Tiada siapa yang boleh menolak jika perbuatan merokok disamakan dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, rata-rata perokok bersetuju perbuatan itu boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan mereka.

Sebelum ini, pernah viral kes seorang lelaki yang bocor paru-parunya akibat merokok. Hari ini, viral pula kes seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Adriz Adil Putra yang menceritakan kisahnya yang terpaksa menjalani pembedahan hidung akibat rokok.

Adriz membuat posting itu di Facebook semalam dan kini telah dikongsi hampir 3,000 kali.

Assalamualaikum,” tulis Adriz memulakan posting tersebut.

Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa jalani pembedahan bagi memotong tisu dalaman hidung supaya saya boleh bernafas menerusi hidung saya semula.

Dipendekkan cerita, beginilah…. Saya sudah merokok selama lima tahun. Kini, sudah lima tahun saya berhenti.

Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mula diserang asma dan radang hidung dalaman yang menyebabkan saya susah untuk bernafas. 

“Satu hari, saya diserang asma dengan teruk sehinggakan saya nekad berhenti merokok untuk kebaikan.” tulis Adriz.

Menurut Adriz, biarpun dia sudah lama berhenti, kesan akibat merokok masih lagi ‘menghantui’ dirinya apabila tisu hidung dalamannya membengkak sehingga dia tidak mampu bernafas melalui hidung.

Biarpun saya sudah berhenti, semuanya dah terlambat. Bahagian dalaman saya sudah rosak dan semakin teruk. 

Dipendekkan lagi, saya menerima banyak lagi serangan asma. Selain itu, tisu hidung dalaman saya membengkak sehingga saya tidak mampu bernafas melalui hidung langsung; menyebabkan saya terpaksa menjalani pembedahan,” kata Adzrin.

Dalam masa yang sama, Adriz turut menasihati mereka-mereka di luar sana yang merokok supaya berhenti dari membuat perbuatan tidak berfaedah itu.

Saya tak perlu jelaskan secara terperinci tentang bulan-bulan penderitaan saya. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham yang nak berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yang langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dengan rokok, padan muka lah bila kau sakit nanti.” tulis Adriz sebelum mengakhiri posting itu dengan ayat pendek “Salvation lies within”.

Sumber :
– FB Adriz
– www.siakapkeli.my

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nHzewg

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.