Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pelawak Sekarang Sendiri Buat Lawak, Sendiri Yang Gelak”– Sindiran Pedas Mat Sentul Pada Peserta MLM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pelawak Sekarang Sendiri Buat Lawak, Sendiri Yang Gelak”– Sindiran Pedas Mat Sentul Pada Peserta MLM

Sudah namanya pun Mat Sentol, keletahnya memang lucu dan ‘gila-gila’. Untuk memahaminya, lihat saja filem dilakonkannya sekitar 1950-an dulu seperti Mat Bon, Mat Spy atau Mat Tiga Suku.

Apabila bersua muka dengan Mat Sentol, seniman serba boleh itu memang pandai mengambil hati dengan bahan jenaka yang bersahaja dan kadang-kadang di luar jangka.

Dalam banyak-banyak jawapan yang diberikannya kepada media, mungkin ini boleh dijadikan renungan orang ramai khususnya buat pelawak tempatan.

“Maharaja Lawak tu, (pelawak) buat lawak, tapi dia gelak sendiri. Buat apa dia ketawa sendiri? Mestilah orang lain yang perlu ketawakan dia,” katanya.

Menurut Mat Sentol, sebagai pelawak veteran, banyak pengalaman sudah dilalui. Begitu juga dengan ilham idea jenaka pernah dihasilkan buat tontonan umum.
Mat Sentol menyarankan, setiap pelawak berusaha mengeluarkan idea jenaka baru ciptaan sendiri. Dengan itu, katanya, barulah nama mereka lebih disanjungi kerana mampu memberikan bahan yang asli.

“Kena ada lawak rekaan sendiri. Pasal apa, saya tengok dia melawak tapi (sebenarnya) terlalak saja. Dan apabila tengok lawak dia, semuanya sudah pernah saya buat dulu,” katanya.

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya, 90-an, ditemui pada program Kajian Insan – Khazanah Seni Negara di Finas, Hulu Kelang semalam.

Semalam mencatatkan hari bersejarah buat Mat Sentol apabila beliau menjadi seniman pertama di negara ini menerima Anugerah Bintang Legenda.

[embedded content]

Turut membanggakan, Mat Sentol juga dianugerahkan pingat Ahli Kehormat Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIGM).

Sementara itu, ditanya mengenai impiannya, Mat Sentol berkata, dia teringin ke luar negara.  “Nak berniaga rambutan di pasar malam,” katanya bersahaja.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odeoZu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.