Harussani dijangka keluar hospital pada Sabtu
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar dari hospital berkenaan pada Sabtu.
Ketika dihubungi pada Jumaat, Harussani memaklumkan keadaan kesihatannya kini kembali pulih dan dijangka keluar dari HRPB dalam masa terdekat.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik, esok saya dijangka keluar hospital,” katanya.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin ketika dihubungi pula meminta masyarakat Islam di Perak mendoakan agar Harussani sihat sepenuhnya dan kembali meneruskan tugas di pejabat seperti biasa.
“Kita doakan agar kesihatan Tan Sri Harussani pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa,” katanya.
Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim juga turut mengharapkan masyarakat terus mendoakan kesihatan Harussani agar kembali pulih sepenuhnya.
Beliau juga meminta masyarakat tidak menyebar maklumat yang tidak sahih mengenai kesihatan Harussani.
“Kelmarin saya ziarah, syukur beliau sihat, mohon doakan kesihatannya,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lANb12✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment