Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harussani Dijangka Keluar Hospital Pada Sabtu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harussani Dijangka Keluar Hospital Pada Sabtu

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas muntah-muntah dan cirit-birit Selasa lalu dijangka keluar dari hospital berkenaan pada Sabtu.

Ketika dihubungi pada Jumaat, Harussani memaklumkan keadaan kesihatannya kini kembali pulih dan dijangka keluar dari HRPB dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik, esok saya dijangka keluar hospital,” katanya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin ketika dihubungi pula meminta masyarakat Islam di Perak mendoakan agar Harussani sihat sepenuhnya dan kembali meneruskan tugas di pejabat  seperti biasa.

“Kita doakan agar kesihatan Tan Sri Harussani pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan tugasnya di pejabat seperti biasa,” katanya.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim juga turut mengharapkan masyarakat terus mendoakan kesihatan Harussani agar kembali pulih sepenuhnya.

Beliau juga meminta masyarakat tidak menyebar maklumat yang tidak sahih mengenai kesihatan Harussani.

“Kelmarin saya ziarah, syukur beliau sihat, mohon doakan kesihatannya,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l8c15b

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.