Brazil Pasukan Pertama Layak Ke Russia
PEMAIN Brazil, Neymar (kiri) ketika mengasak bola bersama pemain pihak lawan Paraguay, Rodrigo Rojas. Brazil muncul selaku negara pertama layak pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Russia. – Foto EPA
SAO PAULO: Brazil muncul selaku negara pertama layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Russia, selepas salah satu pencabar Uruguay tewas mengejut 1-2 kepada Peru, sebentar tadi.
Terdahulu, juara dunia lima kali itu menewaskan Paraguay 3-0 di Sao Paulo, sekali gus mengekalkan rekod tidak pernah gagal mara ke pusingan akhir kejohanan berprestij itu.
Namun, kekalahan mengejut Uruguay di Lima dan beberapa keputusan di venue berlainan bermakna Brazil yang mengumpul 33 mata selepas 14 perlawanan, menjamin tempat sebagai salah satu daripada empat pasukan yang layak secara automatik ke Russia dari kelayakan zon Amerika Selatan. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntxpo5✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment