Piala FA: Tok Gajah Tak Gentar Harimau Selatan
DATUK Che Nasir Salleh
KUANTAN: Pengurus Pahang, Datuk Che Nasir Salleh meminta pemainnya lebih agresif dan tidak terlalu menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir pertama Piala FA di Larkin, Sabtu ini.
Beliau mahu kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur berakhir dengan kemenangan selesa, biar pun mengakui bakal berdepan cabaran sengit pasukan juara bertahan itu.
“Sudah pasti kami mahu mencatat kemenangan selesa apabila beraksi di laman sendiri, selain dibantu sokongan padu penyokong setia Tok Gajah untuk ke pentas separuh akhir.
“Namun, misi itu perlukan komitmen tinggi pemain… jangan terlalu menghormati lawan walaupun mereka bergelar juara bertahan dan dibarisi ramai bintang.
“Saya percaya dengan percaturan jurulatih (Dollah Salleh), Pahang boleh meraih kemenangan yang menjadi bekalan selesa apabila bertemu pada suku akhir kedua nanti,” katanya di sini, hari ini.
Che Nasir berkata, peluang beraksi di tempat sendiri itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin kerana JDT yang mempunyai rekod baik di gelanggang sendiri pasti tidak mahu ia dicalar pasukan pelawat.
“Oleh itu, perlawanan suku akhir pertama di gelanggang sendiri dan di depan penyokong sendiri ini harus digunakan sebaik mungkin.”
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nhTXr2✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment