Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarjan Polis Wanita Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah Berjumlah RM18,500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarjan Polis Wanita Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah Berjumlah RM18,500

MELAKA: Seorang sarjan polis wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM18,500, dua minggu lepas.

Bagi pertuduhan pertama Rasyidah Onn, 26, didakwa cuba memperoleh suapan RM6,500; pertuduhan kedua didakwa bersetuju menerima suapan RM6,000; dan pertuduhan ketiga didakwa memperoleh suapan RM6,000 daripada individu sama iaitu Ahmad Firdaose Ramlan.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dekat sini, didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas adik Ahmad Firdaose iaitu Ahmad Zainal Ramlan bersama tiga rakan lain kerana memiliki air ketum.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka di sini masing-masing pada 11.13 pagi dan 2.27 petang, 16 Mac lepas.

Bagi pertuduhan ketiga Rasyidah didakwa melakukan kesalahan itu di Pizza Hut Delivery, KM 15-1, Tingkat Bawah, Jalan Perniagaan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah dekat sini pada 4.35 petang hari yang sama.

Bagi semua pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Rasyidah diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa SPRM Ong Cheng Hian manakala tertuduh diwakili peguam James S. Thanjong Tuan.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOGSJJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.