Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dego Ride: Malaysia Contohi Negara Maju - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dego Ride: Malaysia Contohi Negara Maju

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencontohi Tokyo, Singapura, London dan New York yang tidak menggunakan operasi teksi motosikal di bandar mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu kenapa Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di negara ini biarpun negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menggunakan perkhidmatan itu.

Ab Aziz berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

“Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya.

Katanya rakyat di negara ini mempunyai banyak pilihan pengangkutan awam lain seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan komuter.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) mengenai undang-undang khusus bagi perkhidmatan Uber dan Grabcar, Ab Aziz berkata pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grabcar menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nzgdzr

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.