Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktor Ini Jelaskan Mengapa Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan, Setelah Diberi Menyusu Botol Terlebih Dahulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktor Ini Jelaskan Mengapa Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan, Setelah Diberi Menyusu Botol Terlebih Dahulu

Memberi susu buat bayi adalah penting, kerana ia adalah makanan mereka buat beberapa tahun mendatang, dan sebaiknya, susu ibu atau susu badan adalah amat disyorkan diberikan kepada bayi, selain dari susu formula.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Suriyakathun, berdasarkan pengalamannya sendiri, juga sewaktu sesi bersama pesakit, terdapat sebab mengapa anak lebih suka akan ‘nipple silikon’, serta antara kelebihan yang bayi dapat jika diberi susu badan.

Mari kita baca perkongsian dari Dr Suriyakathun ini.

Saya: Anak sudah tidak dapat susu badan ya? (Anak berumur 3 bulan) 
Ibu pesakit: Ya doktor. Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering.
Ini cerita yang saya dengar terlalu kerap. Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlebih awal?

Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya. Nipple ibu kena buat kerja lebih keras, Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah. 

Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap!

Tekadkan hati beri susu badan

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan di hospital pada zaman di mana susu badan tidak dipentingkan. Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula. 
Malahan semasa anak keempat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. ” Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?” Saya jawab bawa kepada saya. Muka marah dia masih saya ingat lagi .

Tidak berikan ‘nipple silikon’

Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.

Cuba berkali-kali dan sabar

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain. Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kelebihan menyusu ibu
Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat? Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik. 
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ng0Rft

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.