Diserang Ibu Artis Terkenal, Zarina Anjoulie Buat Laporan Polis
Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.
Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.
“Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.
“Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,”
“Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.
“Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang semalam memetik portal HarianMetro
Tag : Berita Artis , Ibu Artis , Kes Polis , Pelakon , Zarina An Julie
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o5czhy✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment