Bitcoin Kini Bernilai Lebih Tinggi Daripada Emas
Bitcoin pada minggu ini memperlihatkan peningkatan tinggi – malah harga untuk nilai mata-wang maya ini didagangkan pada harga melangkaui $1292.71 satu unit – lebih tinggi berbanding emas yang hanya didagangkan pada harga $1226.89 untuk satu auns.
Peningkatan nilai Bitcoin ini dikatakan disebabkan oleh had mata-wang yang lebih ketat di beberapa buah negara, termasuk China, India dan Venezuela – termasuk beberapa spekulasi dibawah pentadbiran Trump di Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, Bitcoin masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam menjadi salah satu nilai mata-wang yang digunakan secara meluas – apatah lagi dengan nilainya yang tidak begitu stabil.
Selain daripada itu, pelbagai negara masih tidak menerimanya lagi. Bank Negara Malaysia sendiri telah mengumumkan mereka tidak iktiraf Bitcoin di Malaysia.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m4pAGj✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment