JPJ Kesan Lebih 2,600 Kes Plat Palsu
Spread the love
PETALING JAYA – Sebanyak 2,681 kes membabitkan nombor pendaftaran kenderaan palsu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara Januari 2015 hingga Disember 2016.
Ketua Pengarahnya, Datuk Nadzri Siron turut memberi contoh plat ‘bakal jenazah’ sebagai tindakan empamerkan nombor pendaftaran yang tidak wujud atau palsu yang menyalahi undang-undang.
“Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 atau tidak lebih RM20,000, atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada mStar Online.
Isnin lalu, dilaporkan penunggang motosikal Yamaha 125 ZR berwarna kuning yang memaparkan nombor pendaftaran ‘bakal jenazah’ ditahan polis di Kota Kinabalu, Sabah.
Isu plat ‘bakal jenazah’ bukan perkara baharu kerana sebelum ini terdapat nombor pendaftaran kenderaan yang sah tetapi diubah suai bagi memaparkan perkataan yang membawa maksud dan gelaran seperti ‘mommy’ dan ‘boss’.
Nadzri berkata, plat nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi juga satu kesalahan mengikut Kaedah 5 dan 6, Kaedah Kenderaan Pendaftaran Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959.
“Kesalahan bagi plat nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi akan dikenakan kompaun RM300,” katanya
Menurut Nadzri, sebanyak 40,640 kes melibatkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dari 2015 sehingga Januari 2017.
Beliau menambah, JPJ bersama pihak berkuasa lain akan terus menjalankan operasi bagi mengesan nombor pendaftaran palsu atau plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.
“Ia perlu ditangani bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah selain memudahkan penguatkuasaan bagi mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” kata Nadzri. – mStar Online
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment