#YouCanDuit Kembali Lagi, Bantu Tingkat Taraf Hidup Rakyat
KUALA LUMPUR: Sepanjang 2016, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerajui aktiviti ekonomi digital di kalangan masyararat.
Program eRezeki dan eUsahawan yang diperkenalkan, mewujudkan peluang pendapatan digital di bawah kempen #YouCanDuit.
Kempen ini melatih golongan berpendapatan rendah 40 terendah (B40), pelajar-pelajar kolej teknikal dan vokasional (TVET) dan usahawan mikro tentang keusahawanan digital.
Untuk 2017, kempen ini akan kembali turun padang bermula April depan.
Menurut Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Korporat MDEC Razaleigh Zainal, lebih 100,000 peserta eRezeki dan eUsahawan dilatih pada 2016.
“Di bawah kempen YouCanDuit, seperti mana umum tahu, kita ada program eUsahawan dan eRezeki dan kedua-dua inisiatif ini telah berjaya menjana lebih daripada RM60 juta pendapatan tambahan secara terkumpul dan ini adalah satu impak yang besar ke atas kehidupan mereka khususnya yang berada dalam golongan B40,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
eUsahawan
Untuk eUsahawan, seramai 51,000 peserta telah dilatih pada 2016 dan 30 peratus daripadanya telah berjaya menjana pendapatan sampingan yang mencecah sehingga RM48 juta secara terkumpul.
Jumlah jualan yang dilaporkan adalah RM48 juta.
Pada tahun 2017, MDEC mensasarkan seramai 80,000 yang akan dilatih dan 50 peratus daripada mereka akan menjana pendapatan sampingan.
Jumlah jualan yang disasarkan adalah RM60 juta.
MDEC juga mensasarkan dapat melonjak prestasi peserta eUsahawan yang berpotensi tinggi ke peringkat yang lebih baik.
eRezeki
Untuk eRezeki, seramai 150,000 peserta dikenalpasti pada 2016 dan lebih 50,000 daripadanya berjaya dilatih.
Lebih 23,000 peserta telah berjaya menjana pendapatan sampingan sebanyak RM16.4 juta secara kolektif.
Pada tahun 2017, MDEC mensasarkan seramai 250,000 peserta dikenalpasti dan 100,000 peserta dilatih.
Sasaran jumlah pendapatan secara kolektif pada tahun 2017 adalah RM70 juta.
#YouCanDuit 2017
Kempen #YouCanDuit 2017 bakal menjelajah ke 8 negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.
Lokasi turun padang pertama adalah di Alor Setar pada 1 April depan.
“Untuk tahun ini, kita akan mempertingkatkan lagi usaha kita berbanding tahun lepas. Kali ini, kita akan lebihkan turun padang kita kepada 8 negeri bersama dengan rakan strategik kami seperti dan berharap lebih daripada 60,000 rakyat dapat bersama kita.
“Tahun ini kami bekerjasama dengan PERHEBAT, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendekati rakyat dengan lebih dekat. Kita juga akan adakan bootcamp dan program-program inspirasi bersama duta kami Rosyam Nor dan Fizo Omar,” kata Razaleigh.
MDEC turut menyasarkan untuk menubuhkan 134 wakil eRezeki pada tahun ini, menjadikan jumlah sebanyak 200 pusat dan wakil eRezeki di seluruh negara yang memberi latihan kepada 1,000 pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung.
Selain pusat eRezeki, MDEC menyasar untuk menambah pusat TVET daripada 383 pada tahun 2016 kepada 500 pada tahun 2017.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvjGP3✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment