Leipzig Terus Beri Bayern Laluan Selesa
PEMAIN RB Leipzig, Timo Werner (belakang) diasak pemain Augsburg, Raphael Framberger pada aksi Bundesliga WWK-Arena, Augsburg, awal pagi tadi. – Foto EPA
AUGSBURG, Jerman: RB Leipzig semakin ketinggalan dari persaingan merebut gelaran liga Bundesliga apabila sekadar seri 2-2 di Augsburg, awal pagi tadi.
Keputusan itu membuka peluang buat juara bertahan, Bayern Munich untuk menjarakkan kedudukan kepada tujuh mata pada hujung minggu ini.
Diikat Augsburg memaksa Leipzig kekal di tempat kedua dengan 49 mata tetapi Bayern boleh mengumpul 56 mata seandainya mereka mengalahkan pasukan tangga ketujuh, Cologne malam ini.
Augsburg, yang berada di kedudukan ke-13, mencatat salah satu rekod paling teruk di gelanggang sendiri pada musim ini selepas hanya mencatat tiga kemenangan dan hanya berjaya menghasilkan 10 gol sebelum perlawanan dengan Leipzig.
Kostas Stafylidis memberi Augsburg jaringan pendahuluan hanya selepas 19 minit perlawanan sebelum kelebihan itu dipadamkan menerusi gol Timo Werner enam minit kemudian.
Leipzig berada di depan pada minit ke-52 apabila Marvin Compper menanduk masuk bola sepakan sudut yang diambil bintang Sweden, Emil Forsberg.
Pelawat berpeluang memenangi permainan dan mendapat tiga mata berharga, namun Martin Hinteregger menyamakan kedudukan untuk Augsburg pada minit ke-60. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mkZpvE✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment