Liga Argentina Tertangguh Susulan Mogok Pemain
BUENOS AIRES: Pemain-pemain bola sepak di Argentina melancarkan mogok, semalam susulan isu gaji yang tidak dibayar sekali gus memaksa perlawanan pertama liga pada tahun ini tertangguh, kata Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA).
Di sebalik bayaran yang dibuat kerajaan sebanyak AS$22 juta (RM98 juta), perlawanan yang dijadual berlangsung semalam membabitkan Rosario Central bertemu Godoy Cruz dan San Lorenzo menentang Belgrano ditangguhkan, kata AFA.
Kesatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Argentina (FAA), sebelum ini memberi amaran betapa bayaran daripada kerajaan itu tidak mampu menyelesaikan pertikaian berkenaan.
“Esok (Jumaat) tidak akan ada bola sepak. Saya kekal dengan pendirian yang situasi hari ini lebih teruk berbanding semalam,” kata jurucakap FAA, Sergio Marchi.
Kesatuan berkenaan berkata sesetengah pemain tidak dibayar gaji selama lebih empat bulan ekoran pasukan negeri gagal untuk mengagihkan pendapatan penyiaran kepada kelab-kelab.
Kelmarin, kerajaan meluluskan pembayaran 350 juta pesos (AS$22 juta) kepada AFA dengan badan induk berkenaan akan mengagihkannya kepada kelab-kelab.
Begitupun, FAA berkata jumlah itu kurang separuh daripada hutang yang ditanggung kelab-kelab yang terbabit dengan wang itu dijangka tidak akan dibayar sehingga Selasa ini.
AFA memohon pemain-pemain untuk menggugurkan rancangan mogok dan bermain pada perlawanan semalam yang juga aksi pertama bagi pertengahan musim liga Argentina.
Krisis pengurusan di AFA mengganggu kelancaran saingan liga domestik Argentina dan pasukan kebangsaannya yang ketika ini menghuni ranking nombor satu dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Antara yang lantang mengkritik badan induk berkenaan ialah legenda Piala Dunia, Diego Maradona. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lIEv6u✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment