Najib Hadiri Perjumpaan Dengan Anggota UMNO Sabah
Spread the love
KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri perjumpaan dengan pemimpin dan anggota UMNO Sabah.
Presiden parti itu tiba di Bangunan UMNO Sabah di sini kira-kira 8 malam diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi UMNO Negeri dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin, yang juga Setiausaha UMNO Negeri.
Perjumpaan secara tertutup itu antara program lawatan kerjanya selama dua hari ke negeri ini.
Najib memulakan lawatannya hari ini dengan merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas di Sandakan sebelum mengadakan tinjauan mesra di Harbour Square, Sandakan.
Esok, beliau dijadual merasmikan Projek Pan Borneo Sipitang di Sindumin sebelum mengadakan tinjauan mesra di Putatan dekat sini.
Pada sebelah malam pula, Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran di sini sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment