PDRM, JDT II Kongsi Mata Di Stadium Hang Jebat
PENJAGA gol JDT II, Samuel Jacob Somerville (tengah) berjaya menepis tandukan pemain PDRM, Dao Bakary (kiri) pada perlawanan Liga Perdana 2017 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. – Foto Rasul Azli Samad
MELAKA: Pasukan PDRM gagal mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila hanya mampu seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT II) pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.
Peluang terbaik buat skuad The Cops mendahului pelawat hadir pada minit ke-30, namun cubaan bekas pemain FELDA United, Shahurain Abu Samah sekadar mampu menggegar tiang gol.
Malah kapten pasukan, Mohd Safuwan Baharudin turut berpeluang meletakkan PDRM di depan pada minit ke-36 tetapi tandukannya juga sekadar terkena tiang gol sebelah kanan.
Terdahulu, dua lagi kesempatan buat tuan rumah hadir pada minit ke-21 dan 23 tetapi rembatan Pooda Frederic dan Dao Bakary tersasar.
Pasukan dibimbing jurulatih Hamzani Omar juga berpeluang membuka jaringan pada minit ke-17 dan minit ke-26 namun sepakan Alexander Smith tidak tepat menuju sasaran.
Cuma rembatan Jeronimo Barrales pada minit ke-33 agak bahaya namun ditepis keluar penjaga gol PDRM, Muhamad Hamdan Sairi.
Bersambung babak kedua, JDT II tidak menunggu lama untuk menghasilkan gol pertama selepas tandukan Barrales menggegar gawang pada minit ke-48 untuk meletakkan mereka di depan.
Namun usaha The Cops yang enggan berputus asa berbayar menerusi tandukan Mohd Fauzi Abd Majid pada minit ke-72 untuk mengelak kekalahan, sekali gus melegakan Mohd Fauzi Pilus.
Dua peluang terbaik tuan rumah untuk menambah jaringan hadir menerusi percubaan Muhamad Nabil Ahmad Latpi minit ke-84 dan minit ke-85 tetapi tersasar untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m41jjN✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment