Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ronaldo Terlepas Aksi Di Eibar Selepas Mengadu Sakit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ronaldo Terlepas Aksi Di Eibar Selepas Mengadu Sakit

CRISTIANO Ronaldo berlatih sendirian, semalam selepas mengadu sakit dan tidak disenarai bagi aksi La Liga menentang Eibar, malam ini. – Foto Reuters

MADRID: Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berlatih sendirian, semalam selepas mengadu sakit dan tidak disenarai bagi aksi La Liga menentang Eibar, malam ini.

“Dia merasa sesuatu, namun tiada yang serius. Dia tidak berlatih bersama kami pada pagi ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane ketika sidang media menjelang perlawanan, semalam.

Tiada nama Ronaldo dalam senarai pemain yang disiarkan di laman web kelab itu selain bintang Wales, Gareth Bale yang digantung dua perlawanan susulan kad merah yang diterimanya ketika bertemu Las Palmas, pertengahan minggu ini.

Ketika keseluruhan skuad gergasi Galaticos itu menjalani latihan tempo tinggi, semalam, Ronaldo hanya berlari bersendirian.

Zidane berpeluang merehatkan Ronaldo menjelang pertemuan penting aksi timbal balik peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu Napoli, Selasa ini.

“Seperti kamu tahu, semua perlawanan adalah penting namun apa yang paling utama ialah pemain tidak apa-apa,” kata Zidane.

Keputusan seri 3-3 di laman sendiri kepada Las Palmas, Khamis lalu menyaksikan Real kehilangan tempat di puncak La Liga yang dihuninya sejak Oktober lalu.

Ronaldo pada perlawanan itu sekali lagi membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol lewat bagi menyelamatkan mata buat Real yang ketika itu di ambang kekalahan.

Real ketika ini ketinggalan satu mata di belakang Barcelona namun memiliki kelebihan satu perlawanan. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m4UFs0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.