Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 ulam-ulam yang korang selalu jumpa tapi tak tau apa kebaikannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 ulam-ulam yang korang selalu jumpa tapi tak tau apa kebaikannya

5 ulam-ulam yang korang selalu jumpa tapi tak tau apa kebaikannya

Baru-baru ni viral cerita pelajar yang dapat keputusan SPM 9A+ tapi dikecam oleh netizen hanya sebab berpenampilan menarik ala model. Rata-rata macam tak puas hati sebab baru belasan tahun tapi dah pandai make-up. Bukan isu ini yang nak dikupas tapi nak sentuh tentang keinginan nak jadi cantik tu memang lumrah manusia. Malah bukan perempuan je, lelaki sekarang siap pakai pomade dan beli produk skincare lagi. Metroseksual habis.

Wak Doyok adalah contoh lelaki metroseksual. Imej dari Instagram Wak Doyok

Tapi produk kecantikan ni bukan murah-murah, boleh sampai beratus ringgit kot. Nak pakai pun kena jimat-cermat sebab nak bagi tahan setahun. Tapi sebenarnya ada jalan alternatif untuk kekal sihat dan cantik yang dah diamalkan oleh Melayu sejak dulu lagi, iaitu ulam-ulaman! Dan antara ulam-ulaman yang korang boleh selalu jumpa termasuklah:

1. Daun pegaga

Daun pegaga yang bentuknya seperti kipas. Imej dari Harian Metro.

Nama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica. Ulam ini mudah ditanam kerana sifatnya yang menyerap air, terutamanya di kawasan tropika yang terbuka di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Kat semak-samun rumah yang lama ditinggalkan pun boleh jumpa sebab survival rate dia tinggi gila!

Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.

Daun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

Masalah keputihan dan haid yang sering dialami oleh wanita juga dapat diatasi dengan mengamalkan daun pegaga. Ia mampu melancarkan aliran darah dan merawat masalah kegatalan faraj wanita yang berpunca dari keputihan.

Aliran darah lancar macam ni. Imej dari Pixabay

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen sekaligus mengurangkan masalah parut atau regangan kulit.

Wanita juga tak lari dari masalah urat bersimpul. Lagi-lagi kalau yang baru lepas bersalin tu. Nampak je urat-urat berwarna timbul kat peha atau betis. Kalau korang nak tahu, rasanya memang sakit. Tak percaya tanya mak korang. Jadi makanlah daun pegaga ia mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan urat.

Daun pegaga juga boleh meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Ini terbukti melalui hasil kajian dari Prof Dr Suhaila Mohamed, profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini telah dilakukan di kalangan lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 35 hingga 55 tahun.

Selain mencari di semak-samun (bagi yang tak tanam), korang juga boleh beli terus di pasar dengan harga seringgit untuk satu ikat.

2. Ulam raja

Ulam raja. Imej dari semua menjadi.blogspot

Ulam raja atau nama saintifiknya cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik. Rata-rata menjadikan ulam raja sebagai makanan sampingan, sama ada dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal belacan.

Bunga ulam raja yang dikatakan cantik. Imej dari real natural

Ulam raja ni ada dua jenis, ada yang boleh dimakan dan ada juga yang hanya dijadikan hiasan. Dua-dua tu memang sama je rupa dia, tapi berlainan rasa dan bau.

Dan korang jangan pulak confuse antara ulam raja dengan pokok ‘Rumpai Miang Mexico’. Bentuk daunnya hampir serupa dengan ulam raja tapi korang boleh bezakan dengan melihat bunga pada masing-masing. Kesan kalau korang tersentuh pokok ni boleh menyebabkan alahan teruk kepada kulit terutamanya bagi kanak-kanak sebab pokok ni mempunyai miang iaitu bahan kimia parthenin, hymenin dan ambrosin. Nama pun dah miang, so hati-hati ye!

Cari 5 perbezaan antara dua gambar ni. Imej dari relaks minda

Antara khasiat ulam raja adalah mampu merawat diabetes mellitus type 2 berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik dari UPM. Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.

Malah klorofil yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi, dan dapat membantutkan aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli.

Bila kau minum ubat pahit snagat. Imej dari Giphy

Macam biasa, kalau korang tak tanam dan nak beli ulam raja boleh didapati di pasar dengan harga RM4-RM6 sekilo.

3. Daun ceylon/selom

Daun Ceylon/Selom. Imej dari Reddish.com

Nama saintifik bagi daun selom ialah oenanthe javanica. Kat Malaysia, daun selom digunakan dalam masakan seperti laksa (khusus di negeri Utara), sebagai hiasan atau dikisar sekali untuk dibuat kuah. Ada juga yang menggunakannya dalam Nasi Kerabu.

Daun selom juga dikenali sebagai Chinese celery di negara Barat kerana penggunaannya yang terkenal di kalangan orang Cina untuk tujuan perubatan. Berbeza dengan Western celery yang biasa kita tengok, daun selom mempunyai batang yang kecil dan rasa daun yang kuat berbanding Western celery yang mempunyai batang yang rangup dan rasa manis. Kedua-duanya kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi dan potasium.

Dalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.

Daun selom atau Western celery juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala, berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan celery dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus celery yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk korang tidur.

Siapa kenal mamat ni, angkat tangan. Imej dari Youtube

Cara nak tanam daun selom ni pun mudah. Hanya perlu cucuk keratan batang pada tanah (nak tanam dalam pasu pun boleh) dan rajin-rajinlah siram pokok tu. Tak sampai seminggu akan tumbuhlah tunasnya tapi kena jaga-jaga juga sebab siput suka sangat makan. Nanti tak pasal-pasal rongak pulak daun korang. Nak lagi senang, beli terus dari pasar dengan harga seikat RM1-RM2. Murah kan.

4. Pucuk gajus/janggus

Gambar pucuk gajus. Imej dari azmisihat.blogspot

Kalau sebut pasal kacang gajus confirm semua terliur. Biasanya kacang gajus diletakkan ke dalam Nasi Briyani tak pun dalam kek atau biskut.

Lap air liur korang yang tengah meleleh tu. Imej dari ruby.my

Nama saintifik bagi gajus ialah anacardium occidental, sejenis tumbuhan yang unik kerana mempunyai biji di luar buah dan isi di dalam. Pucuk gajus yang biasa dibuat ulam ialah pucuk gajus muda berwarna merah atau merah perang. Rasanya kelat masam dan dimakan bersama sambal belacan dan nasi.

Khasiat pucuk gajus dipercayai boleh mengelakkan terkena penyakit kanser, membantu penghadaman dan sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi. Para penyelidik dari Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) membuktikan pucuk gajus boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik. Pucuk gajus juga mampu melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan kerana terdapat antioksida di dalamnya.

“Pucuk daun gajus boleh melambatkan proses penuaan dan membantu wanita yang memakannya memiliki wajah awet muda.” – Tajuddin Abdul Manap, pegawai laboratori fitoubatan UPM. Dipetik dari Utusan Online

Tambah beliau lagi, selain dari khasiat awet muda dan kesegaran tubuh, pucuk gajus juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit kencing manis (diabetes). Bagi yang ada ulser dalam mulut, bolehlah menggunakan air rebusan pucuk gajus untuk berkumur. Daun pucuk gajus juga boleh disapukan pada pipi untuk mengurangkan sakit gigi dan disapu pada kulit yang melecur dengan menumbuknya sampai lumat.

Cara menanam pokok gajus agak leceh sebab selalunya menggunakan biji benih dari kultivar terpilih. Kultivar atau varieti gajus tak banyak dibuat kajian di negara kita. Tapi korang tak perlu risau sebab cara nak beli pucuk gajus ni sama je macam ulam-ulam lain. Boleh didapati di pasar dengan harga satu ikat RM1-RM2.

5. Kacang botol

Gambar kacang botol. Imej dari Omtimes

Nama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan. So kacang botol ni sangatlah sesuai kepada korang-korang yang tengah diet tu sebab kandungan kalorinya yang rendah.

Imej asal dari meme generator

Vitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A dia pulak membantu mengelakkan kerosakan DNA. Last sekali, vitamin B dia membantu meningkatkan tenaga sekaligus memberi mood yang baik.

Fiber sangat penting dalam imun sistem badan kita jadi dengan memakan kacang botol ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botol juga mengandungi kalsium dan fosforus untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.

Kacang botol boleh dimakan mentah, direbus, ataupun dicelur. Kebiasaan di Malaysia, kacang botol dimakan bersama sambal belacan dan nasi. Kacang botol boleh didapati di pasaraya besar seperti Tesco atau boleh dibeli terus di pasar dengan harga RM4-6 sekilo.

Sebab tu la mak korang suruh makan sayur

Siapa sangka sayur kampung yang selalu kita makan rupanya ada begitu banyak khasiat. Ulam-ulam ni sesuai sangat untuk dijadikan supplemen tambahan kerana khasiatnya, temasuklah:

  • agen antipenuaan
  • merangsang peredaran darah
  • merawat parut
  • mengatasi masalah selulit
  • mengatasi masalah keputihan dan haid
  • meningkatkan daya ingatan
  • merawat diabetes
  • menambahkan oksigen dalam darah
  • merencat aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli
  • merawat demam panas
  • mengatasi masalah sukar tidur dan pening kepala

Jadi terpulanglah pada individu masing-masing untuk membuat pemilihan dalam memilih makanan yang sesuai untuk dijadikan supplemen tambahan. Apa yang penting, gaya hidup sihat haruslah menjadi rutin harian. Tak guna kalau korang makan berpuluh-puluh pil dan berkilo-berkilo sayur ulam kalau tak pernah keluar bersenam!

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nLVIOt

✍ Sumber Pautan : ☕ SOSCILI


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.