Zidane Sedia Tumbangkan 'tok Guru'
ZINEDINE Zidane. – Foto AFP
MADRID: Kali terakhir Real Madrid bertemu Bayern Munich tiga tahun lalu, Zinedine Zidane dan Carlo Ancelotti bersama-sama meraikan kejayaan mereka di pentas Eropah.
Ketika itu, Zidane adalah pembantu Ancelotti yang mengemudi Real dan hasilnya, mereka berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul gelaran Piala Eropah ke-10 kelab.
Kini, Zidane bakal berdepan bekas bos yang juga mentor legenda Real ini dalam pertembungan suku akhir pertama saingan Liga Juara Juara awal pagi esok.
“Ia akan menjadi pertembungan guru menentang anak murid,” kata Zidane ketika sesi undian pasukan diadakan.
“Saya adalah pembantunya, banyak yang saya belajar daripadanya. Dia adalah seorang yang sangat saya hormati dan hargai, begitu juga di sini (Madrid),” katanya.
Namun, penghargaan itu belum cukup buat presiden Real, Florentino Perez yang memecat Ancelotti setahun selepas memenangi Liga Juara Juara 2015.
Penggantinya, Rafael Benitez juga dipecat selepas hanya tujuh bulan mengemudi kelab dan membuka ruang kepada Zidane untuk tampil kali pertama selaku pengurus skuad utama.
Tugasan itu juga membuatkan Zidane tidak senang duduk sehinggalah dia membantu Real menjulang Liga Juara Juara musim lalu.
Pengendali dari Perancis ini perlu menang gelaran La Liga atau Liga Juara Juara sebagai jaminan untuk terus kekal sebagai pengurus Real untuk musim depan.
“Kami tahu apa yang menjadi kepentingan kelab. Saya tahu peraturannya, apa yang bagus dan buruk. Jadi, saya cukup bersedia untuk semua perkara itu,” kata Zidane selepas pasukannya seri 1-1 dengan Atletico Madrid dalam saingan liga Sabtu lalu. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nX85pj✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment