Mel B (Spice Girl) Dedah Sering Didera Suami
Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Mel B memfailkan injuksi sementara bagi menghalang suaminya, Stephen Belafonte daripada mendekatinya.
TMZ melaporkan dalam dokumen itu Mel B mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain dipukul dan diugut sepanjang 10 tahun berkahwin.
Juri program America’s Got Talent dan X Factor itu berjaya dalam tuntutan itu dan Stephen, 41, diarahkan untuk meninggalkan rumah mereka di Los Angeles dan menjauhinya selain tiga anak mereka, Phoenix, 18, Angel, 10 dan Madison, 5 tahun.
Dalam pada itu, dalam dokumen kepada mahkamah, Mel B mendedahkan dia dicekik sebelum dihumban ke lantai oleh suaminya sebelum dia muncul pada peringat akhir program Dancing With the Stars pada 2007.
Pada Julai 2012 pula, Stephen menuduhnya bermain cinta dengan penyanyi Usher ketika dia merakamkan segmen untuk progam X-Factor.
Akibatnya, dia ditumbuk sehingga menyebabkan bibirnya mengalami luka dan lebam.
Keadaan Mel B ketika muncul pada program X-Factor ketika itu pernah menjadi bahan bualan namun dia menyangkal dipukul suaminya.
Sementara itu, Mel B mendakwa pada Ogos 2012, dia sekali lagi menjadi mangsa panas baran suaminya selepas dia bersama anggota Spice Girls selesai mengadakan persembahan pada majlis penutup Sukan Olimpik London.
Mel B memberitahu Stephen memaksanya untuk memuat naik status di Twitter dengan memberitahu kecederaan dialaminya kerana terjatuh akibat memakai kasut tumit tinggi jenama Christian Louboutin.
“Apabila sesuatu yang baik berlaku dalam hidup saya dia akan menggunakan kekerasan bagi menunjukkan siapa yang berkuasa,” tulisnya dalam dokumen itu.
Lebih mengejutkan Mel B mendedahkan mereka sering mengajak orang lain melakukan hubungan seks dan lelaki itu mengugut untuk menyebarkan rakaman aksi mereka bagi memusnahkan kariernya.
Stephen juga pernah menghamilkan pembantu rumah mereka dan mahu wanita itu melahirkan anak tersebut sebelum memaksanya mengugurkan kandungan menggunakan wangnya.
Pendedahan berlaku sejurus selepas seminggu Mel B memfailkan cerai terhadap Stephen selain memohon hak penjagaan sama rata terhadap anak mereka, Madison.
The post Mel B (Spice Girl) Dedah Sering Didera Suami appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2otmr4A✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment