Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meizu Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Pelancaran Pro 6 Plus Dan M5 Note - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meizu Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Pelancaran Pro 6 Plus Dan M5 Note

Meizu ialah jenama dari Tanah Besar China yang sering kami dengari tetapi peranti mereka tidak terjual secara meluas. Hari ini mereka secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran dua peranti baru Meizu Pro 6 Plus dan Meizu M5 Note.

Meizu Pro 6 Plus ialah peranti dengan skrin 5.7″ QHD SAMOLED, pemproses Exynos 8890, RAM 4 GB dan storan 64 GB. Kamera utama 12-Megapixel f/2.0 Sony IMX386 dengan OIS dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3400 mAh membekalkan kuasa dengan sistem pengecas pantas 24W mCharge melalui port USB-C.

Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian dagu yang turut berfungsi sebagai pengimbas nadi. Skrin peranti ini turut mampu mengesan tekanan seperti Force Touch. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dengan antaramuka Flyme 5. Peranti dengan spesifikasi yang tinggi ini dijual pada harga RM 1999.

Meizu M5 Note

Meizu M5 Note pula ialah peranti dengan skrin 5.5″ FHD, pemproses MediaTek Helio P10, RAM 3 GB dan storan 32 GB. Kamera utama 13-Megapixel f/2.2 dengan PDAF dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa dengan sistem pengecas pantas 18W mCharge melalui port MikroUSB.

Terdapat sebuah pengimbas cap jar pada dagu peranti. Ia turut menggunakan Android Marshmallow dengan antaramuka Flyme. Peranti ini dijual pada harga RM 849 sebuah.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o27UKc

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.