AMD Memperkukuhkan Kepakaran Dalam Arena Realiti-Maya Dengan Pengambil-Alihan Nitero
AMD, syarikat yang terkenal dengan penawaran pemprosesan dan kad grafik, kini turut dilihat ingin lebih memfokuskan kepada arena realiti-maya. Hari ini, mereka telah mengumumkan pengambil-alihan kepakaran dan IP berkaitan dengan realiti-maya daripada salah satu startup, iaitu Nitero.
Menurut AMD, Nitero membangunkan cip untuk membolehkan kandungan realiti-maya dan AR dinikmati dengan sokongan tanpa-wayar pada kadar 60Ghz. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan realiti-maya tanpa gangguan wayar – serta menikmati pengalaman yang lebih baik.
AMD turut mengatakan pengambil-alihan ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam membangunkan teknologi baru perkomputeran dan grafik untuk generasi akan datang.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ol7krQ✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment