Arsenal Bangkit 2 Kali Ikat City
LONDON: Arsenal memberikan sedikit tempoh buat pengurusnya, Arsene Wenger apabila bangkit dua kali sebelum seri 2-2 ketika menentang Manchester City dalam saingan di Stadium Emirates, sebentar tadi.
Pep Guardiola dua kali menyaksikan pasukannya, City berada di depan menerusi Leroy Sane dan kemudian Sergio Aguero, namun Arsenal dua kali membalas menerusi gol Theo Walcott dan Shkodran Mustafi.
Kemenangan pastinya akan memberikan tonik terbaik buat Wenger, yang menerima kritikan teruk daripada penyokong Arsenal, namun selepas empat kekalahan dalam lima perlawanan, satu mata amat dialu-alukan.
Pasukannya kini tujuh mata di belakang City, yang menghuni tangga keempat dan slot kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara, dan berkedudukan keenam tetapi memiliki satu perlawanan dalam tangan.
City dihalang daripada naik ke kedudukan ketiga daripada Liverpool dan gagal memanfaatkan kelebihan selepas Chelsea tewas mengejut 2-1 di laman sendiri kepada Crystal Palace.
Namun City, yang tiga kali seri dalam semua tiga perlawanan terakhir, memperoleh peluang untuk mengurangkan jurang lapan mata di persada apabila mereka berkunjung ke Chelsea, Rabu ini. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oqsEhY✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment