Hi! Welcome Back and Stay Tune! Benelli Malaysia Lancarkan Motosikal Jelajah TRK 502 Dari RM30,621 Dan Model Sports 302R Pada RM23,201 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Benelli Malaysia Lancarkan Motosikal Jelajah TRK 502 Dari RM30,621 Dan Model Sports 302R Pada RM23,201

Khabar ketibaannya sudah diketahui sekian lama tapi kini akhirnya motosikal jelajah Benelli TRK 502 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, bersama sebuah motosikal sports, 302R. TRK 502 ditawarkan dalam tiga variasi iaitu paling asas pada harga RM30,621, 502 SP lengkap dengan beg barangan di tepi pada RM31,681 dan 502 SP2 yang mendapat tambahan kotak barangan di belakang, atas pada harga RM32,423.

Sementara itu, bagi Benelli 302R, ia dijual kepada umum pada harga RM23,201 dan semua harga yang disebutkan tadi adalah termasuk GST, tetapi tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Benelli TRK 502 dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 500 cc, DOHC, lapan injap dan mempunyai sistem suntikan bahan api. Dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan, enjin ini dikatakan mampu menghasilkan sebanyak 47 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 5,000 rpm.

Tugas menyerap hentakan pada motosikal ini dilaksanakan oleh fork terbalik dengan jarak pergerakan 150 mm pada bahagian hadapan dan di belakang terdapat pula monoshock yang boleh dilaras pra bebannya dan mempunyai jarak pergerakan 45 mm.

Kedua-dua tayar hadapan dan belakang TRK 502 mempunyai angkup brek dua piston terapung, tetapi di bahagian hadapan, cakeranya adalah bersaiz 320 mm manakala di belakang pula bersaiz 260 mm. Turut disediakan sekali untuk keselamatan adalah sistem ABS, yang mempunyai suis jika perlu ditutup. Berat motosikal ini adalah 210 kg dan tinggi tempat duduknya adalah 815 mm.

TRK 502 didatangkan dengan tangki minyak 20 liter, memudahkan pengguna supaya tidak perlu kerap berhenti untuk mengisi minyak. Bagi yang gemar berjalan jauh, versi SP didatangkan dengan kotak sisi manakala SP2, selain kotak sisi, turut ditambah dengan kotak belakang (atas).

Terdapat tiga warna yang ditawarkan bagi TRK 502 – putih, kelabu dan hitam. Saingan terus bagi TRK 502 adalah Honda CB500X yang dijual pada harga RM31,893 untuk model standard dan RM35,391 untuk model ABS CB500XA.

Pada majlis pelancaran yang sama, turut diperkenalkan adalah Benelli 302R, sebuah motosikal sports yang menggunakan enjin dua silinder selari 300 cc, DOHC, lapan injap dan berpenyejukan cecair. Kuasa yang mampu dihasilkan motosikal ini adalah 37.5 hp pada 10,000 rpm manakala tork pula berada di tahap 27.4 Nm pada 9,000 rpm.

Motosikal ini disasarkan untuk menjadi sebuah sportsbike dengan pengendalian yang bagus, oleh itu, pada bahagian hadapannya terdapat fork terbalik dengan jarak pergerakan 120 mm dan monoshock 45 mm di belakang. Untuk memberhentikannya terdapat cakera brek 260 mm di hadapan, 240 mm di belakang dan sistem ABS.

Ciri lain 302R adalah kapasiti tangki minyak 14 liter, berat kering 190 kg dan ditawarkan dalam pilihan empat warna – merah/putih, hitam/merah dan perak/hijau. Motosikal ini juga dilihat akan memberi saingan sengit kepada Kawasaki Ninja 300, yang dijual pada harga sekitar RM27,000.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oPkSLm

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.