Federer Tumbangkan Nadal Di Terbuka Miami
ROGER Federer menjuarai Terbuka Miami, awal pagi tadi. Foto AFP
MIAMI: Roger Federer menundukkan musuh tradisinya, Rafael Nadal 6-3, 6-4 untuk menjuarai Terbuka Miami, awal pagi tadi bagi meneruskan prestasi cemerlangnya di awal musim.
Sejak kembali daripada berehat panjang selama enam bulan, pemain berusia 35 tahun dari Switzerland ini sudah memenangi Grand Slam Terbuka Australia serta Masters di Indian Wells dan kini bersedia memburu gelaran di Terbuka Perancis.
Federer menewaskan Nadal ketika meraih ketiga-tiga gelaran yang diperolehnya pada tahun ini dan kini menang keempat-empat pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain ini.
“Ia beberapa minggu yang menakjubkan,” kata Federer selepas kemenangan itu.
Bagi Nadal, ia adalah final kelima buatnya di Miami namun bintang tenis Sepanyol itu terus buntu meraih kemenangan.
Begitupun, Nadal masih memiliki rekod kemenangan lebih baik 24 berbanding 14 dimiliki Federer sejak pertama kali bertemu di Miami pada 2004.
Pertemuan final awal pagi tadi berlangsung sengit dengan kedua-duanya mempunyai peluang untuk melakukan break namun selepas 10 mata break, barulah set pertama boleh ditentukan.
Nadal sekali lagi tampak bergelut untuk membalas pukulan kilas Federer yang mendahului 5-3 sebelum meraih kemenangan dan pemain veteran itu mengakui kejayaannya menyelamatkan mata break ketika kedudukan 3-3 sebagai penting dalam aksi berkenaan.
Pemain kidal dari Sepanyol ini mengakui kecewa dengan kekalahan ketiga di pentas final tahun ini namun merasakan ia sebagai impak positif menjelang musim gelanggang tanah liat. – AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nPtow1✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment