Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengamuk Isteri 'tak Bagi', Suami Ugut Bunuh Isteri & Anak-anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengamuk Isteri 'tak Bagi', Suami Ugut Bunuh Isteri & Anak-anak

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN – Seorang peneroka mengamuk kerana permintaannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh isteri, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 10.15 malam, Jumaat lalu, suspek yang mengamuk turut mengugut mahu membunuh isteri serta anak-anaknya, selain memecahkan pinggan mangkuk dan pasu. 
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 57 tahun sebelum itu mengajak isterinya mengadakan hubungan seks pada malam kejadian, namun dikecewakan. 
“Disebabkan itu, suspek mengamuk dan merosakkan beberapa barangan dalam rumah. Dia turut memecahkan akuarium sambil mengugut membunuh isteri dan anaknya,” katanya. 
Takut dan bimbang dengan keselamatan diri keluarga, isteri suspek membuat laporan polis di Balai Polis Ladang Geddes, jam 10.50 pagi keesokannya. 
Bertindak di atas laporan, polis telah menahan suspek pada hari yang sama di rumah mereka pada jam 1.30 tengah hari. 
Siasatan awal polis mendapati, isteri suspek yang menolak melakukan hubungan seks berikutan sudah membuat permohonan cerai dan perlu tampil ke mahkamah pada esok (hari ini). 
“Amukan suspek turut disaksikan semua anaknya yang kini berada dalam keadaan trauma. 
“Suspek direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – The Reporter


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nyrbme

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.