Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ary Malik Masih Belum Sedarkan Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ary Malik Masih Belum Sedarkan Diri

Spread the love

SUAMI kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri sejak beberapa hari lalu.

Menurut suaminya,  Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, mereka  kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan daripada doktor pakar di Hospital Ampang.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.

“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ary Malik dilaporkan tenat di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik disahkan menghidap kanser itu sejak setahun lalu.

Bekas pengacara MTV ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Mei lalu.

Pun begitu, dia dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah.

Difahamkan, tiga anaknya iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, sudah dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini kerana sudah maklum dengan penyakit yang dihidap ibu mereka.

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m0bF4u

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.