Rangkuman 5 Berita Utama: 28 Februari
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (28 Februari 2017).
Polis sahkan kewujudan dua syarikat milik Korea Utara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kewujudan dua syarikat yang didakwa milik Korea Utara di negara ini yang dilaporkan mengendalikan perniagaan senjata.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata syarikat terbabit ialah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd.
Malaysia tidak campur tangan urusan mahkamah Singapura – Pesuruhjaya
Malaysia mempunyai dasar luar yang tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain termasuk kes mahkamah membabitkan seorang rakyat Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk K. Ilango menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.
TN50 bukan mustahil, perlu ubah pemikiran – Ahmad Razif
Transformasi Nasional 2050 (TN50) bukan sesuatu yang mustahil jika generasi muda mengubah cara pemikiran dan terus menanam impian, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata usaha berterusan juga perlu dilakukan dan golongan berkenaan harus bersedia menempuh sebarang cabaran yang mendatang.
Korea Selatan dakwa kementerian Korea Utara terlibat rancang pembunuhan Kim Jong Nam
Perisik Korea Selatan percaya suspek yang dikehendaki dalam pembunuhan Kim Jong Nam di Malaysia, membabitkan pegawai yang bertugas untuk Kementerian Luar dan Keselamatan Dalam Negeri Korea Utara, lapor AFP.
Korea Selatan amat sensitif dengan sebarang perkembangan membabitkan negara jirannya yang memiliki senjata nuklear itu, dan sejak kes pembunuhan tersebut tersebar, pegawai agensi perisikan Korea Selatan tidak putus-putus memberi maklumat kepada pihak pentadbiran Seoul.
Jurgen Klopp berang Liverpool kalah lagi
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bergelut untuk menahan perasaan marahnya selepas harapan untuk mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kelompok empat terbaik tercalar apabila tewas kepada Leicester 3-1.
Leicester City yang ketiadaan pengendali pasukan, Claudio Ranieri, mencipta kemenangan di Stadium King Power, apabila Jamie Vardy menjaring gol pada minit ke-28 dan ke-60 manakala Danny Drinkwater mencetak gol pada minit ke- 39.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQuGEr✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment