Nadya Pilih Naik Pelamin Selepas Bersalin
Spread the love
SUATU ketika dahulu, pelakon berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli pernah mengejutkan media apabila mengumumkan selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi pada 25 September lalu.
Menurut Nadya, mereka memilih melakukan yang wajib dahulu sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan yang dirancang pada pertengahan tahun depan.
BACA:Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah!
Namun, tup-tup Nadya disahkan dengan berita gembira apabila apabila hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya itu pada April ini.
Bercerita mengenai perancangannya itu, pelakon drama Abang Bomba I Love You ini memberitahu mereka tetap meneruskan majlis persandingannya pada Mei depan.
Menurutnya, majlis persandingan mereka akan diadakan pada 20 Mei ini di Kedah, manakala di sebelah keluarga Fizul pula selepas Aidilfitri nanti di Kelantan.
“Nampak gayanya kami akan bersanding bertiga nanti. Pada majlis persandingan itu nanti akan turut diadakan majlis cukur jambul anak kami.
“Pada Julai ini pula, kami akan mengadakan majlis sama di Kuala Lumpur dengan menjemput rakan artis dan kenalan kami. Pastinya ketiga-tiga majlis itu akan menjadi kenangan yang amat istimewa kerana kami bersanding bertiga,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas mengenai kehamilannya, Nadya memberitahu dia dijangka dia bakal melahirkan bayi perempuan.
Sementara itu, Nadya memberitahu dia akan bersalin di pusat perubatan swasta di Shah Alam memandangkan tinggal di sana, manakala berpantang di rumah keluarganya di Kedah. – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment