Tumbuk Muka Issey, Pemain PKNP Digantung Empat Perlawanan
KUALA LUMPUR: Pemain PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris digantung daripada beraksi empat perlawanan setelah didapati bersalah menumbuk muka pemain pasukan Terengganu, Issey Farran Nakajima.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjatuhkan hukuman itu kepada Muhammad Fadhil yang melakukan perbuatan itu pada perlawanan Liga Perdana 21 Februari lalu.
Perlawanan antara Terengganu menentang PKNP FC itu berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
[embedded content]
“Pemain itu telah didapati bersalah kerana melanggar Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan Salah laku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan dan dibaca bersama dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan Perintah keluar padang’.
“Muhammad Fadhil didenda RM1,000.00 dan diberi amaran keras serta hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh FAM, Isnin.
Empat perlawanan Liga Perdana iatu adalah antara PKNP FC menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Perak, Ipoh pada 24 Februari iaitu penggantungan perlawanan secara automatik.
Muhammad Fadhil juga tidak akan beraksi ketika menentang Johor Darul Ta’zim II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, esok dan perlawanan bertemu Sabah pada 3 Mac di Stadium Perak, Ipoh.
Satu lagi perlawanan ialah antara MISC-MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 7 April ini. – BERNAMA
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQuh50✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment