Hi! Welcome Back and Stay Tune! Transmisi Klac Berkembar (DCT) Lapan-kelajuan Baharu Rekaan Porsche Dan ZF Didedahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Transmisi Klac Berkembar (DCT) Lapan-kelajuan Baharu Rekaan Porsche Dan ZF Didedahkan

Pembuat transmisi dari Jerman – ZF – kini telah mendedahkan kotak gear klac berkembar (DCT) automatik lapan-kelajuan baharu yang dibina bersama Porsche untuk kegunaan model pacuan belakang dan pacuan semua roda. Transmisi baharu ini diproduksi oleh ZF di kilang Brandenburg, Jerman, dan mula digunakan pada model Panamera baharu.

Transmisi DCT baharu yang digelar ‘Modular Hybrid Transmision Kit’, menawarkan penukaran gear yang lebih pantas berbanding transmisi sebelum ini, berpotensi untuk ekonomi yang lebih baik, dengan pemadanan sistem elektrik yang lebih bagus.

Set gear pada transmisi baharu ini boleh memuatkan modul hibrid bersepadu 100 kW tanpa memanjangkan lagi dimensi kotak gear ini. Ia juga mampu menahan tork siling sehingga 1000 Nm. Reka bentuk kotak gear ini juga membolehkan sistem pacuan semua roda dipadankan, dengan memacu gandar hadapan menerusi klac ‘hang on‘ basah pelbagai lapis

Dengan nisbah gear yang lebih lebar dengan tamabahan dua gear overdrive, kehilangan kuasa dapat dikurangkan sehingga 28%, yang turut dibantu sistem pelinciran yang berfungsi hanya ketika diperlukan, serta unit pengurusan transmisi baharu yang diletakkan pada bahagian luar.

Kotak gear yang dibina untuk bentangan menegak ini dihasilkan dengan empat varian (standard, pacuan semua roda, hibrid dan hibrid semua roda), dalam tiga kelas tork berbeza, dengan maksimum 1000 Nm. Asas transmisi dan set gear untuk semua varian adalah sama, di mana kelas tork dibezakan dengan konfigurasi modul klac-berkembar yang pelbagai.

Bagi membolehkan transmisi ini dihasilkan dengan saiz paling kompak, dua syaf lawan (countershaft) dan satu syaf bersepadu dibina. Gear kekal yang ditempatkan pada syaf input, boleh digunakan pada berberapa situasi, membolehkan ia dibina lebih pendek secara keseluruhan.

Rekabentuk set gear baharu ini juga menawarkan kelebihan lain. Berdasarkan dari konsep modular, ia bukan sahaja sesuai untuk penggunaan pada bentangan secara menegak, tetapi juga mampu dipadankan pada konfigurasi pacuan lain. ZF turut membina modul hibrid untuk varian opsyen, termasuk penyerap kilas, klac berasingan bersama actuator serta motor elektrik. Ia boleh padankan terus pada perumah klac.

Kesemua peralatan tambahan ini langsung tidak melibatkan tambahan dimensi. Dengan kuasa puncak 100 kW, kuasa berterusan 55 kW dan tork 400 Nm, kenderaan yang dilengkapi transmisi ini mampu mencapai kelajuan 140 km/j dengan hanya menggunakan elektrik. Unit jankuasa ini turut boleh mengadapatasi fungsi hibrid lain, dari caj semula tenaga hingga ke mod boost.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lQtKjA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.