16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir
Sebanyak 16 kenderaan rosak selepas terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang terdapat di dalam longkang di luar kawasan sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang kesemua kenderaan itu mencair dari bahagian bawah selepas terkena api di dalam longkang yang mengandungi cecair dipercayai jenis solvent.
Difahamkan, cecair bersifat peluntur itu adalah lebihan limpahan dari tangki simpanan bahan kimia di bawah tanah milik kilang terbabit yang kemudian mengalir ke dalam longkang sepanjang 61 meter.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hadzar Hasan berkata, dianggarkan kira-kira lebih 2,000 liter bahan kimia itu yang mengalir dalam longkang sebelum dipercayai terbakar.
“Satu jentera dari Balai Bomba Ayer Keroh dan sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) terdiri daripasa 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 1.41 petang.
“Sebaik sahaja sampai, pasukan keselamatan kebakaran terdiri daripada staf kilang tersebut telah memadamkan api yang merebak di dalam longkang sepanjang 200 kaki di hadapan kilang terbabit,” katanya.
Menurutnya, akibat kejadian sebanyak 16 kenderaan staf diparkir berdekatan longkang itu terbakar lima hingga 50 peratus dan tidak sempat dialihkan bagaimanapun bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan
“Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun menjejaskan bangunan kilang dan pengurusan kilang bertindak cekap dan mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua staf mengosongkan premis sewaktu kejadian.
“Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba,” katanya.
The post 16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nrLCSm✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment