Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Lagi Yang Tinggal Buat The Reds? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Lagi Yang Tinggal Buat The Reds?

JURGEN Klopp. – Foto AFP

KEKALAHAN memalukan Liverpool di tangan penyandang juara, Leicester City Selasa lalu, jelas sukar diterima pengendali mereka, Jurgen Klopp. Begitu juga kelab dan penyokong setia The Reds di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selepas tunduk 3-1 di Stadium King Power itu, Klopp kali ini mengakui prestasi buruk itu kerap berlaku apabila menentang pasukan pertengahan dan bawah liga. Mereka sebelum ini tewas kepada Burnley, Bournemouth, Swansea City dan Hull City.

Akibat kekalahan di tangan Leicester yang juga penyandang juara liga tetapi kini bergelut di zon penyingkiran, The Reds kini ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Dengan saingan berbaki 12 perlawanan, kelihatannya Klopp dan anak buahnya bolehlah melupakan terus sasaran untuk memburu kejuaraan EPL. Jadi apa lagi yang tinggal untuk menjadi buruan Klopp musim ini?

Selepas tersingkir dari saingan Piala FA dan tidak beraksi di Eropah, harapan tunggal yang tinggal untuk skuad The Reds musim ini adalah memburu satu tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kita lihat ketika ini Liverpool menduduki tangga kelima liga hasil himpunan 49 mata, satu mata ketinggalan di belakang Arsenal yang menduduki tempat keempat iaitu slot terakhir ke saingan Eropah.

Manchester City menduduki tangga ketiga dengan mengumpulkan 52 mata manakala Tottenham Hotspur di posisi kedua, selesa dengan 53 mata. Mengikuti rapat di belakang Liverpool adalah Manchester United di tangga keenam, dengan ketinggalan satu mata.

Dengan 12 baki aksi selepas ini, dua cabaran getir bakal dilalui Liverpool iaitu bertemu Arsenal dan City. The Gunners yang tidak beraksi minggu lalu bakal berkunjung ke Anfield awal pagi esok (waktu Malaysia), namun masih mengharap bergelar juara liga.

Secara umumnya, penulis melihat pertemuan dua gergasi EPL ini sebagai ujian getir buat kedua-duanya dalam buruan untuk menjadi antara empat pasukan terbaik musim ini.

Tatkala hanya dua mata membezakan Liverpool dan Arsenal, kekalahan sudah pasti memberi impak besar. Andai tewas, barisan Klopp mungkin tercicir ke tempat keenam berikutan United dijangka tiada masalah membenam Bournemouth malam ini.

Andai barisan Arsene Wenger pula tewas, The Reds mungkin melonjak ke tangga ketiga dengan himpunan 52 mata, mengambil tempat City menerusi perbezaan jaringan gol. Anak buah Pep Guardiola hanya beraksi pada tengah malam esok.

Namun jika terikat, Liverpool bakal tercicir ke tangga keenam manakala United kelima (andai menang ke atas Bournemouth) manakala Arsenal terus kekal di tempat keempat dengan perbezaan jaringan yang lebih baik.

Melihat kepada lima aksi terakhir kedua-dua pasukan, tiga keputusan berakhir seri selain masing-masing menang satu. Pada aksi terakhir di Anfield pada 13 Januari 2016, kedua-duanya terikat 3-3 manakala di Emirates pada 14 Ogos lalu, berakhir dengan keputusan Arsenal 3 Liverpool 4.

Seperti dinyatakan di atas tadi dan beberapa kali sebelum ini, satu `sindrom’ Liverpool yang pasti musim ini ini ialah mereka mudah tewas kepada pasukan kerdil, namun menjadi luar biasa gagah apabila bertemu pasukan gergasi EPL.

Jadi bagi pertemuan dengan Arsenal ini, penulis masih kuat terpengaruh dengan sindrom berkenaan dengan meletakkan keputusan perlawanan ini bakal seri atau berpihak kepada anak buah Klopp.

Sementara itu, Chelsea dijangka tiada masalah membenam West Ham pada pagi Selasa ini, untuk terus selesa di puncak manakala Spurs harus mengerah kudrat ketika melayan kunjungan Everton di White Hart Lane.

City pula juga dijangka tiada masalah ketika berkunjung ke Sunderland manakala Leicester harus terus bangkit apabila melayan Hull City dalam saingan pasukan zon penyingkiran. Selamat menonton.

Ramalan Minggu ke-27

Manchester United 3 Bournemouth 0

West Brom 1 Crystal Palace 2

Swansea City 2 Burnley FC 2

Watford 1 Southampton 3

Leicester City 3 Hull City 1

Stoke City 3 Middlesbrough 1

Liverpool 2 Arsenal 2

Tottenham Hotspur 2 Everton 1

Sunderland 0 Manchester City 4

West Ham 0 Chelsea 2

* Penulis KOLUM APA KATA EPL – Amirullah Andi Nur adalah Penolong Pengarang Sukan BH

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mUAAUh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.