Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dikatakan ‘Aiman Tino versi wanita’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dikatakan ‘Aiman Tino versi wanita’

SELEPAS seorang gadis menjadi viral di jaluran media sosial kerana dikatakan memiliki raut wajah iras pelakon Fattah Amin, kini seorang lagi remaja, Pyka turut  disamakan dengan penyanyi, Aiman Tino.

Pyka atau nama penuhnya, Nur Syafiqah Abdul Rahman ketika dihubungi Media Hiburan memberitahu, sejujurnya dia tidak pernah menyangka wajahnya akan menjadi viral dan disamakan dengan penyanyi muda yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci itu.

“Ketika wajah saya viral tu, saya berada di kedai makan. Terkejut kerana tiba-tiba ramai kawan yang hubungi dan tidak kurang yang memberi mesej kepada saya, mengatakan wajah saya sudah banyak tersiar di media sosial.

“Kata mereka, dah jadi viral sebab wajah saya mirip Aiman Tino,” kata anak ketiga daripada lima beradik ini.

Ditanya apakah perasaannya ketika namanya menjadi sebutan oleh pengguna media sosial di negara ini, gadis berusia 18 tahun ini menjelaskan, pada mulanya dia memuat naik gambar sendiri di Twitter.

“Tak sangka pula ada yang share lalu dikatakan sebagai ‘Aiman Tino Versi Perempuan’. Saya tak tahu nak cakap apa. Rasa kelakar pun ada juga. Yelah, wajah kita disamakan dengan selebriti. Lelaki pula tu,” seloroh Pyka yang kini sudah pun mempunyai lebih 18 ribu pengikut di dalam Instagram.

Pengikut IG meningkat

Sebelum ini, Pyka memberitahu, pengikutnya di laman IG hanyalah sekitar 4 ribu saja. Penangan berita viral itu, bilangan follower semakin hari semakin bertambah.

“Bila ramai follow, pasti akan ada yang tidak suka. Malah saya turut diejek dengan pelbagai kata melampau. Pada peringkat awal, rasa down juga kerana sebelum ini saya tidak pernah ada pengalaman menjadi perhatian.

“Tetapi mujurlah, yang menyokong lebih ramai daripada yang tidak suka. Alhamdulillah, sekarang situasinya lebih baik. Cuma ada ketikanya rasa tidak selesa kerana saya membantu ibu di kedai makan kami, Nasi Ayam Kak Mala di Temerloh, Pahang.

“Ada juga yang datang ke kedai untuk bergambar. Malah bapa saya pun pada mulanya tidak berapa gemar dengan keadaan tersebut. Namun selepas diterangkan ibu apa yang berlaku, dia mulai memahami,” katanya yang ‘OK’ saja apabila dikatakan seiras dengan penyanyi itu.

“Cuma bila pengikut kian meningkat ini, ada juga peniaga atas talian yang meminta saya untuk membuat IG Riview. Kiranya itulah antara impak positif yang saya terima apabila menjadi viral,” akhiri Pyka yang sebelum ini turut aktif dalam perniagaan tudung secara online.

The post Dikatakan ‘Aiman Tino versi wanita’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o7xroV

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.