Hi! Welcome Back and Stay Tune! Entopia Lancar Bangunan Baharu Dan Tembok Hijau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Entopia Lancar Bangunan Baharu Dan Tembok Hijau

GEORGE TOWN: Entopia, dahulu dikenali sebagai Taman Rama-rama, di Teluk Bahang, dekat sini hari ini melancarkan bangunan baharu dan “tembok hijau” mengandungi sejumlah 88,868 kelongsong tumbuhan meliputi 22 spesies tumbuh-tumbuhan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Joseph Goh berkata tanaman melingkar yang berfungsi sebagai tembok hijau meliputi keluasan 22,217 kaki persegi bertujuan melindungi keseluruhan bangunan daripada cahaya matahari dan membantu menyejukkan bangunan sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga.

“Tumbuh-tumbuhan juga membantu mengurangkan kesan karbon pada planet dan menyediakan kualiti estetik kepada permukaan bangunan.

“Apa yang lebih menarik ialah sebahagian daripada “tembok hijau” itu berfungsi sebagai sistem penapisan biologi kepada kolam-kolam utama dalam Entopia,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis pelancaran oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Goh berkata “tembok hijau” Entopia itu juga adalah satu daripada yang terbesar di Asia Tenggara dan hari ini, ia bakal mencatatkan rekod bagi tembok hijau terbesar di Malaysia.

“Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Malaysia Book of Records atas masa dan usaha dalam memberi pengiktirafan kepada kami,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntocMz

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.