Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kontroversi Isyarat Lucah Tak Jejas Rodriguez - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kontroversi Isyarat Lucah Tak Jejas Rodriguez

JAMES Rodriguez pantas melenyapkan kontroversi isyarat lucah apabila memainkan watak penting ketika Colombia menewaskan Ecuador 2-0, awal pagi tadi. – Foto Reuters

QUITO: Bintang Real Madrid, James Rodriguez pantas melenyapkan kontroversi isyarat lucah apabila memainkan watak penting ketika Colombia menewaskan Ecuador 2-0, awal pagi tadi.

Rodriguez mencetuskan kekecohan di negara kelahirannya kelmarin apabila dirakam membuat isyarat jari tengah kepada wartawan yang membuat liputan sesi latihan.

Isyarat – yang digelar sebagai ‘the pistol’ – menerima kecaman meluas dalam laman sosial di Colombia, di mana perancang tengah itu menjadi idola rakyat di sana.

Bagaimanapun, Rodriguez tidak menunjukkan sebarang tanda terganggu ketika Colombia mengesahkan kemenangan 2-0 di Quito bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Dia membuka jaringan selepas 20 minit perlawanan apabila menyudahkan bola hantaran lintang daripada Carlos Bacca untuk meletakkan Colombia di depan 1-0.

Rodriguez kemudian membuat umpanan kepada jaringan kedua skuad digelar La Tricolor itu apabila membaca baik bola lambungan Edwin Cardona sebelum melorongkan kepada Juan Cuadrado.

Kemenangan itu melonjakkan Colombia ke tangga kedua carta kelayakan Piala Dunia 2018 bagi zon Amerika Selatan dengan 24 mata daripada 14 perlawanan. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nhxavk

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.