Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redza Rosli ikut cara lama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redza Rosli ikut cara lama

DEMI meningkatkan mutu lakonan, Redza Rosli mengakui lebih selesa mengikut cara pelakon lama.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, adalah menjadi kebiasaannya terus pulang ke rumah sejurus tamat penggambaran.

“Kini, rutin saya seperti pelakon lama yang gemar pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

“Cara ini membuatkan saya lebih bertenaga untuk kembali menjalani penggambaran pada esoknya,” katanya kepada Media Hiburan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab seseorang pelakon untuk memberikan yang terbaik dalam setiap karya lakonan.

“Bukan saya tak pernah keluar melepak dengan kawan-kawan sampai awal pagi, tapi keadaan itu membuatkan saya lemau apabila bekerja pada esoknya.

“Saya akui, dulu saya pernah datang ke set sekadar mahu bekerja dan melepaskan dialog saja.

“Tapi, bila dah dengar nasihat daripada pelakon lama, saya rasa ini ialah satu tanggungjawab berat yang harus digalas dan tak boleh main-main,” katanya.

Pada masa sama, pelakon drama MAID ini juga mengakui tidak malu belajar dengan pelakon senior demi memperbaiki ilmu lakonannya.

“Saya sendiri tak pernah puas dengan prestasi lakonan saya.

“Sebab itu, saya tak pernah berhenti belajar,” katanya yang mengimpikan untuk memegang watak epik, suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, kini, Redza sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Kirim Cinta yang bakal disiarkan Ramadan nanti.

The post Redza Rosli ikut cara lama appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ov0squ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.