Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wartawan kebingungan di HKL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wartawan kebingungan di HKL

Wartawan tempatan dan asing yang ‘berkampung’ di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), tempat mayat Kim Jong-nam diletakkan, bingung dengan keadaan kes itu kebelakangan ini.

Kira-kira 4.00 petang tadi, kakitangan HKL mengangkut semula segala kemudahan disediakan sebelum ini kepada media yang membuat liputan kes Jong-nam.

Pada 24 Feb lepas, HKL mendirikan khemah dan menyediakan kerusi serta meja kepada wartawan.  

Ketika wartawan bertanyakan pekerja HKL mengapa mereka menarik balik semua kemudahan tersebut, pekerja itu meminta media merujuk perkara berkenaan kepada penyelia mereka.

“Saya diarahkan oleh pegawai atasan untuk mengambil kembali semua kemudahan ini,” kata kakitangan terbabit.

Namun, pada 5.00 petang, kakitangan itu kembali mendirikan semula khemah yang sebelum itu diturunkan.

Bingung dengan keadaan itu, wartawan menyoal pekerja terbabit.

“Pengarah menghubungi kami supaya mendirikan semula khemah untuk media,” kata sumber HKL kepada Bernama.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas oleh dua wanita warga asing menggunakan agen saraf VX.

Jong-nam dilaporkan meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu, dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, namun meninggal dunia dalam perjalanan.

Beliau dilaporkan memasuki Malaysia pada 6 Feb, menggunakan nama Kim Chol pada pasport.

The post Wartawan kebingungan di HKL appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ouW377

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.