Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yana bawa anak ke lokasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yana bawa anak ke lokasi

PELAKON, Yana Samsudin mengakui rindu untuk kembali berlakon selepas lebih setahun tidak mengambil tawaran kerana hamil dan menguruskan cahaya mata pertamanya, Aisy Mateen, 7 bulan.

Walaupun merancang hanya mahu berehat dua bulan sahaja selepas melahirkan, namun terjadi sebaliknya apabila dia bersalin melalui kaedah pembedahan yang memerlukan rehat lebih lama.

“Sebenarnya saya tak pernah rancang nak berhenti berlakon malah status  ibu tidak menghalang saya meneruskan kerjaya ni,” kata Yana yang mahu memberi perhatian kepada Aisy Mateen yang menyusu badan.

Tambah Yana, kali terakhir dia berada di lokasi penggambaran drama Qanun 99 kira-kira setahun lalu ketika sedang hamil empat bulan.

“Kini saya rindu nak berlakon tak kiralah drama atau filem sebab itu saya terima tawaran Pengarah Rashid Sibir bagi menjayakan drama Jadikan Aku Yang Kedua, yang bakal menemui penonton di Astro Oasis mulai 3 April ini.

“Saya belum berani nak ambil watak utama kerana takut tidak dapat beri komitmen, jadi saya mulakan dengan watak pembantu. Pihak produksi juga memberi kelonggaran jadual kerja,” katanya.

Bagaimanapun, Yana akan membawa anaknya bersama ke lokasi penggambaran.

“Saya membawa anak ke lokasi kerana tidak mahu meninggalkan dia di rumah lama-lama,  lagipun sudah terbiasa ada bersamanya 24 jam. Alhamdulillah dia tidak pernah mengganggu kerja saya malah sekalipun tidak meragam dalam tempoh itu.

“Mungkin kerana dia selesa dan bapanya menjaga dia dengan baik sementara menunggu kerja saya selesai,” akui Yana.

Anak jadi perhatian

Dalam masa yang sama, Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 ini mengakui bertuah kerana suaminya, Fadzil Zahari, memahami dan sentiasa membantu melancarkan kerjaya seninya.

“Dulu semua benda saya buat sendiri, namun selepas berkahwin suami banyak membantu dan Alhamduillah kerja berjalan lancar tanpa perlu saya berkejar ke sana sini. “Begitu juga dalam soal anak, dia langsung tidak ada masalah tanpa perlu saya pesan itu dan ini kerana kami sama-sama belajar bagaimana nak uruskan keperluannya,” katanya yang tidak menolak jika dikurniakan anak kedua dalam masa terdekat ini.

Sebagaimana anak-anak selebriti lain, cahaya mata kesayangan Yana ini turut mendapat perhatian menerusi akaun Instagramnya yang mencecah 203,000 pengikut.

“Saya sebenarnya perasan yang anak saya ini mempunyai karakter lucu, malah ada saja keletahnya yang membuatkan kami ketawa besar.

“Jadi mungkin kerana itu jugalah dia disenangi mereka yang menyaksikan video yang dikongsikan di laman Instagram sehingga ada yang bagi gelaran Sin Chan.

“Apa pun, saya tidak kisah gelaran yang diberikan  kerana tahu mereka sekadar bergurau, apa yang penting gelaran itu tidak memberi maksud yang tidak baik kepada Aisy ataupun sesiapa sahaja,” ujar Yana sambil ketawa.

Berkongsi perkembangan terkininya, kata Yana, selain kembali aktif di lokasi penggambaran, dia sibuk memenuhi undangan pelbagai acara termasuk ceramah dan seminar perniagaan dan keibubapaan.

“Sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang baru buat saya, malah saya sudah pun terlibat sejak empat tahun lalu ketika masih bujang.

“Cuma sejak akhir-akhir ini saya semakin aktif. Boleh dikatakan hampir saban minggu mendapat undangan sama ada sebagai panel mahupun moderator,” ujarnya yang selesa dengan apa yang dilakukan kini.

Dalam masa yang sama, Yana juga semakin sibuk menguruskan perniagaannya terutamanya menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

“Sekarang ini agak sibuk sedikit kerana perlu membuat persiapan untuk jualan sempena perayaan menerusi koleksi terbaru tudung Ayana Hijab dan beberapa produk lain.

“Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya harap dapat menyusun jadual dengan sebaiknya agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya tanpa menjejaskan tanggungjawab saya untuk perkara lain terutama keluarga,” katanya kepada Media Hiburan.

The post Yana bawa anak ke lokasi appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ouP91z

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.